Total Pageviews

Thursday, March 13, 2014

Last Year ! Last Student LIFE !

Bismillahirahmannirahhim ..

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi di pinjamkan nafas di muka bumi ini. aisehhmen masa nak tulis wasiat segala jak. Sangat yang teramat wow ! dis semester will be end and end . Boleh sudah mem 'refresh'kan diri. okay ! bukan juga mahu menulis ala-ala dairi segala , tapi apa akan tinggal adalah tulisan kita , nukilan kita dan cerita kita bila kita tiada nanti . Tapi nanti kan boleh baca dan baca untuk bakal anak anak aku nanti. Insya Allah. Okay !? Out of topic  ! Haha . Aku rasa macam lama sangat belajar walhal 3 tahun seja pun , kadang menyesal juga tidak ambil tingkatan 6 yang hanya setahun setengah sahaja. 
Tapi sebenarnya kan sama sahaja pun , Sekarang aku kan part 6 sudah diploma dan bila mahu sambung degree setahun setengah juga. iyalah , kami lompat terus part3 dan part 4 dan part 5 lepas itu latihan industri. Tapi apa yang kita dapat sekarang ini adalah semuanya pilihan sendiri dan juga salah satu nya sudah takdir. Alhamdulillah semuanya telah mengajar ku erti dunia yang sebenarnya. Semuanya hanya lah mainan dunia yang tidak pernah berhenti untuk mempermainkan hati manusiawi. Selama 3 tahun juga lah aku di tempatkan di kota kinabalu yang negeri di bawah bayu ini iaitu sabah tanah airku. auwww, lelebih pula. haha. Segala pahit, getir , manis , dendam , sakit hati , menangis, geram , lucu , ketawa dan segala rasa yang telah di alami sepanjang perjalanan hidup sebagai pelajar. Benar lah , Dugaan belajar yang paling berat di alami. Hanya tinggal berapa bulan saja lagi untuk meng 'konvo' kan diri ini dengan segulung diploma . Dan insya Allah, Impian aku masa kecil telah pun sampai ke puncak. Ya ! Ini lah impian aku , ingin ke manara gading iaitu Universiti Teknologi MARA.  Syukur lah alhamdulillah dapat universiti kerajaan. sumpah ! kalau masuk yang swasta memang lah aku tak mampu. Aku minta maaf ayah mak, inilah hidup aku pilih. aku tidak mahu menyesal di kemudian hari bila aku tidak menikmati remaja ku. Jangan risau , insya Allah boleh jaga diri dan mudah-mudahan Allah selalu melindungiku dan menjagaku walau di mana pun aku berada. Dan juga aku bersyukur dan sangat sangat berterima kasih kepada mama dan ayah yang selalu menjadi pendorong , Pembakar semangat yang tak pernah putus-putus memberi nasihat dan juga dorongan. Yes ! Hidup yang aku lalui memang sangat-sangat tercabar, tapi aku tahu secabar-cabar hidup ini ada yang lebih dasyhat lagi dari diri aku ini. Aku bersyukur sangat. Okay,secukupnya lah disini saja nukilan aku ini. wow ! seriuss nie .. hehe . Buat masa nie , memang aku jarang sudah ber laman sosial apatah lagi facebook aku sudah  aku deactived. nanti sambung lagi laa .

P/s : Akan ber BFF dengan blog aku nie . Haha :) 




No comments: